advertlets

Friday, June 24, 2011

Tanda-tanda besar kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslimi


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).

Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

KEBANGKITAN KHILAFAH

Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem Islam turut musnah. Sistem pemerintahan Islam yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah pun lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih dari 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih kurang 90 tahun yang lalu,. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam. Oleh
yang demikian, di antara pelbagai kesulitan yang wujud di tengah-tengah umat Islam saat ini adalah bagaimana untuk mendekatkan gambaran sistem pemerintahan Islam di dalam benak mereka. Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, mereka tidak dapat lari dari menggambarkannya dalam acuan sistem demokrasi yang ada sekarang. Dengan kata
lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang sedia ada, tanpa dapat keluar darinya. Kesulitannya tidak hanya berhenti di situ. Terdapat pula kesulitan-kesulitan lain iaitu untuk mengubah pemikiran umat Islam yang telah teracuni oleh tsaqafah Barat. Tsaqafah ini benar-benar telah menjadi senjata utama Barat dalam menghadapi umat Islam. Tsaqafah inilah yang telah Barat hunjamkan ke dalam tubuh Daulah Islam sehingga melahirkan kesakitan yang amat mendalam di dalam kehidupan umat Islam. Barat kemudian membawa senjata ini (tsaqafah) dan memberikannya kepada anak cucu Daulah, di saat senjata tersebut masih menitiskan darah ‘ibunya’ (Daulah Islam) yang baru sahaja di bunuhnya. Tatkala Barat membawa senjata ini, mereka berkata kepada anak-cucu Daulah dengan angkuh dan sombong, “Sungguh aku telah membunuh ibu kalian yang memang patut dibunuh kerana penjagaannya yang buruk terhadap kalian. Sekarang aku menjanjikan penjagaan yang lebih baik yang akan membuatkan kalian merasakan kebahagiaan hidup dan kenikmatan yang nyata.” Kemudian, anak-anak itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sang pembunuh yang mana senjatanya masih terhunus dan berlumuran dengan darah ibu mereka!...

Semenjak kematian ibu mereka, umat Islam sesungguhnya telah kehilangan orang yang selama ini mengasuh dan membesarkan mereka. Umat Islam sudah mula lupa akan orang yang selama ini menjaga dan menyayangi mereka. Racun tsaqafah yang dicucuk oleh Barat telah membiuskan mereka dari semua ini, sehingga mereka terus alpa dan tenggelam dalam tsaqafah yang menyesatkan ini. Apabila berlaku sesuatu yang mengetuk dan menghantuk mereka, maka sekali-sekala umat Islam tersentak lalu bangkit untuk menyatakan kemarahannya kepada Barat. Tetapi sayangnya pada masa yang sama mereka masih tetap mengambil tsaqafah Barat. Tatkala mereka bangkit untuk menentang Barat, dalam masa yang sama mereka masih berpegang erat dengan sistem yang dibawa oleh Barat. Padahal dengan tsaqafah dan sistem
itulah yang telah mengakibatkan mereka selama ini terjajah dan berada di dalam kehinaan. Dengan kejahatan yang dilakukan Barat dari masa ke semasa, umat Islam terus terhantuk lagi, lalu mereka bangkit sekali lagi untuk memerangi Barat, namun dalam masa yang sama mereka masih menghulurkan tangan kepada Barat dari arah belakang dengan mengambil racun-racun yang mematikan itu, lalu meminumnya. Hal ini berlaku berulang-ulang kali. Lantaran itu, umat Islam terus tersungkur di dalam kelemahan, kekalahan dan kehinaan di hadapan Barat...

Justeru, pokok persoalannya sekarang adalah umat Islam itu wajib kembali kepada ajaran Islam, bukannya kepada ajaran Barat dan seterusnya menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan segala hukum-hakam Islam secara kaffah (menyeluruh). Umat Islam wajib kembali menerapkan sistem Islam di bawah naungan DaulahKhilafah kerana hanya dengan adanya Negara Islam ini, barulah hukum Allah dapat diterapkan dan umat Islam dapat dipersatukan kembali dengan sebuah kekuatan yang luarbiasa. Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan lemah dan terpecah-belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana
inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’
dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah) yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata...

Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu ‘berdiri sendiri’ tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam! Kerana itu, Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah dan Hizbut Tahrir menawarkan
kepada setiap Muslim untuk mengkaji kitab-kitab ini di dalam usaha kita untuk mendirikan sebuah Negara Islam. Kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi), Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam), Al-
Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah), Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam) dan lainlain, membahaskan hal-hal ini dengan terperinci...

Kemenangan Adalah Janji Allah Dan Ia Pasti Datang
Sejak Barat berjaya menghancurkan sistem pemerintahan Islam dengan menghancurkan Daulah Khilafah, golongan kuffar Imperialis ini telah ‘menghadiahkan’ sistem pemerintahan demokrasi kepada umat Islam dan menghiaskannya dengan solekan yang begitu indah agar umat Islam terus terpukau dengan kecantikannya. Dalam masa yang sama, kuffar Barat ini melakukan serangan yang bertubi-tubi terhadap usaha untuk menegakkan semula Khilafah. Mereka akan
sokong dan redha dengan perjuangan umat Islam yang menginginkan demokrasi, namun mereka akan benci dan menghalang segala usaha umat Islam yang menginginkan Khilafah. Mereka melontarkan pelbagai kata-kata dan propaganda jahat bagi menggambarkan kepada dunia bahawa gerakan yang ingin menegakkan Khilafah adalah gerakan yang ekstrem, radikal, teroris dan pelbagai macam tohmahan lagi. Mereka berusaha untuk menakutkan dunia, khususnya dunia Islam sendiri bahawa Khilafah merupakan sebuah kekuasaan yang penuh dengan kejahatan dan kekolotan...

Namun, dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap golongan yang ikhlas untuk menolong agama Allah, semua propaganda jahat kuffar itu dapat di atasi sedikit demi sedikit. Seruan menegakkan Khilafah yang diseru oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah membuka mata umat Islam dari masa ke semasa. Hal ini sesungguhnya semakin
menakutkan kuffar Barat (akan kemunculan semula Khilafah). Kaum Muslimin di seluruh dunia mulai sedar dan mengambil perjuangan ini sebagai agenda utama (vital) dan semakin sedar akan kewajipan mengembalikan Khilafah ini. Kaum Muslimin juga mula sedar bahawa Khilafah merupakan satu-satunya alternatif bagi segala kerosakan, kezaliman, penjajahan, perpecahan, kekacauan, pembunuhan dan sebagainya yang kini sedang melanda dunia Islam, yang diakibatkan oleh sistem yang buruk dan penguasa yang buruk...

Kita telah menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dari masa ke semasa dan sejak beberapa bulan yang lalu di beberapa negeri kaum Muslimin seperti Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Libya, Syria dan lainnya, terjadi pergerakan besar-besaran umat Islam menentang para penguasa mereka yang zalim yang sekaligus adalah ejen Barat. Para penguasa ini memerintah dengan kuku besi dan menzalimi rakyat selama puluhan tahun lamanya. Mereka menghisap darah umat dan menerapkan undang-undang kufur mengikut arahan tuan-tuan mereka yang kafir. Mereka merompak kekayaan umat bersama tuan-tuan mereka, melanggar kehormatan umat dan menelantarkan umat, malah
sampai ke tahap membunuh umat Islam walaupun rakyatnya sendiri. Ringkasnya, para diktator firaun masa kini telah sampai kepada puncak kejahatan dan melampaui semua batasan, sehingga tahap kesabaran umat telah hilang. Umat lalu keluar ke jalan-jalan di mana tidak ada seorang pun atau sesuatu pun yang akan dapat memalingkan mereka dari jalannya. Umat yang dizalimi ini telah melupakan rasa takut dan sampai kepada tekad bulat bahawa mereka tidak akan meninggalkan medan dan tidak akan kembali ke rumah-rumah mereka sehingga para penguasa zalim itu jatuh. Berdirinya umat ini telah merealisasikan berakhirnya usia para penguasa dengan membenarkan sabda Rasulullah SAW “kemudian akan ada mulkan jabariyyan (kekuasaan diktator) dan akan tetap ada atas izin Allah kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya” [HR Ahmad]...

Para penguasa zalim seperti Ben Ali, Husni Mubarak dan orang-orang lain sebelum mereka, satu demi satu telah dicampakkan ke gaung sejarah yang busuk. Tuan-tuan kafir mereka tidak memperlihatkan belas kasihan sedikitpun terhadap mereka dan membiarkan mereka di akhir hidup mereka yang hitam! Manakala rakan-rakan sejawat mereka di beberapa negeri yang lain, ada yang masih belum sedar dan ada yang masih berusaha mempertahankan diri mereka dari
dicampak ke gaung yang sama. Sama ada mereka mahu atau tidak, sesungguhnya sekejap lagi akan tiba hari-hari hitam mereka di mana penduduk langit dan bumi tidak akan menangisi pemergian mereka. Dengan izin Allah SWT, zaman kekuasaan mereka yang penuh kejahatan ini akan segera berakhir dan akan diganti dengan sebuah kekuasaan
yang penuh berkat dan rahmat, yang mana kita kini sedang berjalan ke arahnya. Inilah jalan penyudah yang baik untuk kita semua yang diberitakan oleh Rasulullah SAW “Kemudian akan kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian” [HR Ahmad]...

Sesungguhnya kaum Muslimin di belahan mana sahaja dunia ini, adalah sebahagian dari umat yang satu. Maka mereka dengan izin Allah tidak akan ketinggalan dari arus kebangkitan saudara-saudara mereka. Ibarat tubuh yang satu, mereka bersama-sama bangkit dan bersatu untuk menumbangkan rejim yang opresif dan ingin menggantikannya dengan Islam. Para penguasa dan kakitangan mereka yang zalim ini sudah semakin sedar bahawa masa-masa untuk mereka berkuasa dengan kejahatan mereka, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pintu sampah sejarah sedang terbuka luas menunggu mereka. Lebih dari itu, azab yang pedih di sisi Allah sedang menunggu mereka di akhirat yang masanya bukanlah lama sangat dari sekarang!...

Wahai kaum Muslimin! Sungguh telah tiba waktunya di mana tembok ketakutan sudah sepatutnya roboh dari diri-diri kalian. Demi menegakkan agama Allah, kalian wajib berusaha menempuh jalan jihad yang lebih afdhal (utama). Rasul SAW bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya jihad yang paling afdhal adalah kalimat (mengatakan) yang hak dihadapan penguasa yang jahat”. Maka, berjihadlah kalian dengan kalimah yang hak ini dan janganlah kalian takut kecuali kepada
Allah. Usahlah kalian gentar kepada pasukan keselamatan negara yang mematai kalian, kerana mereka itu tidak akan mampu untuk menghalang orang Mukmin dari berjuang menegakkan agama Allah dan amat hinalah mereka yang bersungguh-sungguh menghalang orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. FirmanNya, “Maka janganlah kalian takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu” [TMQ al-Baqarah (2):150]...

Wahai kaum Muslimin! Hizbut Tahrir menyeru kalian dan menyeru golongan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan (ahlul quwwah) untuk bergabung dengan barisannya mulai hari ini, sebelum tibanya hari yang mana kalian diminta persaksian. Oleh kerana keinginan dan kecintaan Hizbut Tahrir untuk mendapatkan kebaikan buat kalian, maka
Hizbut Tahrir menyeru kalian, untuk memperlihatkan, mengingatkan dan memberikan khabar gembira. Pertama: Untuk memperlihatkan kepada kalian kemuliaan yang kalian miliki pada suatu masa dahulu ketika Khilafah masih berdiri dan kehinaan yang sekarang ini menimpa kalian setelah lenyapnya Khilafah. Kedua: Untuk mengingatkan kalian bahawa kalian berupaya untuk mengalahkan kaum kuffar penjajah dan negara asuhan mereka yakni Yahudi. Bahkan kalian dengan izin Allah akan menjadi umat yang terkuat dan terbaik di dunia ini, dengan mendirikan Khilafah dan seterusnya kalian akan mendapat keredhaan Allah serta kembali kepada kemuliaan. Ketiga: Berita gembira yang kami serukan adalah bahawa sesungguhnya Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya serta kaum Mukmin bahawa ia akan terus
berusaha untuk mendirikan Khilafah melalui thariqah (jalan) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walau betapa besar badai yang melanda sehingga ruh terpisah dari jasad sekalipun, namun Hizbut Tahrir akan tetap berusaha untuk merealisasikan janji Allah dan RasulNya untuk meraih kemenangan. Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi pejuang-pejuang di jalanNya...

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya dunia ini akan terus berputar, sebagaimana pada zaman pengutusan Nabi SAW, Rom dan Parsi telah dikelilingi oleh orang-orang kuat yang terpedaya dengan kekuatan serta ke-egoan mereka. Mereka tidak memperhitungkan negara lain kecuali negara mereka sebagai negara yang besar dan kuat. Mereka langsung tidak mempertimbangkan kekuatan Islam yang ketika itu telah mula meresapi jiwa umat Islam, bahkan mereka memandang orang Islam seperti sama di zaman Jahiliyyah. Mereka hinakan risalah Islam ke tahap di mana Kisra mengutuskan kepada wakilnya di Yaman dengan berkata kepadanya, “Aku mendengar bahawa ada seorang lelaki di Mekah menganggap dirinya Nabi, pergilah kepadanya dan bawakannya kepadaku!”. Kemudian beberapa tahun selepas itu, setelah berdirinya Daulah Islam, Rasulullah SAW telah mengutus para utusan kepada Raja-Raja dan apabila ia sampai kepada Kisra, Kisra
telah mengoyak-ngoyak surat Rasulullah. Selepas itu kerajaan Kisra pun hancur terkoyak-rabak, membenarkan sabda baginda SAW “Allah mengoyak-ngoyakkan kerajaannya”...

Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kembalinya Negara Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan atau imaginasi. Daulah Khilafah ini dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata. Ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Apatah lagi kebangkitannya yang akan datang untuk kali yang kedua telah pun dikhabarkan oleh Junjungan yang mulia, Muhammad SAW. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini juga akan pasti wujud secara nyata dengan izin Allah, sebagaimana wujudnya di masa lampau. Siapa sahaja yang berjuang ke arahnya sudah mulai nampak dan terasa akan kehadirannya. Hari demi hari yang berlalu, ia semakin hampir dan hampir. Keharumannya sudah mulai tercium dan sinaran cahayanya sudah mulai kelihatan. Betapa panjang dan gelap
gelitanya malam, namun dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, sinar fajar akan pasti muncul jua. Begitulah kekuasaan Islam, ia pasti akan menjelma dan apabila ia telah muncul, tidak ada satu kekuatan pun yang dapat menghalangnya atas kehendak Allah. Islam telah berkuasa di muka bumi lebih dari 13 abad dengan segala kemuliaan yang Allah berikan kepada penganutnya dan Insya Allah, putaran dunia akan berulang lagi di mana kekuasaan Islam akan kembali semula...dan kali ini, kembalinya kekuasaan Islam bukan sahaja tidak dapat dihalang oleh mana-mana manusia, namun ia akan kembali menguasai seluruh penjuru dunia tanpa kecuali. Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah telah menampakkan (seluruh) bumi di hadapanku, sehingga aku (dapat) menyaksikan bahagian-bahagian timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menjangkau bahagianbahagian bumi yang ditampakkan kepadaku” [HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Tsauban ra]...

Amalan yang Tidak Putus Pahalanya

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

AMAL-JARIAH:
Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya: Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YANG BAIK):
Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN:
Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.
Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.

ISRA' MIKRAJ

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

WAllahua3lam
Wassalam

Monday, June 13, 2011

Afdal solat awal waktu

apakah kelebihan dan kepentingan mengerjakan ibadat solat di awal waktu?

SOLAT fardu ditetapkan dengan waktu tertentu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa’ ayat 103).

Kita perlu memahami bahawa wajib di awal waktu mengerjakan solat tergolong dalam wajib diperluaskan dalam waktunya yang tertentu.

Contohnya, waktu Zuhur bermula selepas gelincir matahari ke arah barat dan berakhir selepas bayang berubah menjadi panjang dari asal barang yang dijadikan pengukur.

Sekarang waktu solat mudah diketahui menerusi azan di masjid, akhbar, televisyen dan Internet. Untuk lebih lanjut setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa:

(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu.

(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga ke akhirnya.

(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak (himpun) antara dua solat.

(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.

Solat adalah tiang agama dan tujuan solat untuk mengingatkan manusia mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan.

Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun.

Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah. Terdapat cerita dalam hadis bagaimana Rasulullah menyatakan niatnya untuk membakar rumah penghuni yang tidak bersolat jemaah.

Solat berjemaah adalah syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam. Masyarakat Islam akan berjaya apabila mementingkan amalan solat dan ajaran Islam secara amnya.

Kesan akad rumah terabai

RAMAI pembaca bertanya mengenai tanggungjawab rumah terbengkalai yang sudah dibeli oleh orang ramai, sama ada ia tanggungjawab pembeli, pemaju atau pihak bank. Menyentuh perkara ini, yang perlu anda faham ialah kesan dan akibat jika rumah itu terbengkalai.


Mari kita lihat apa berlaku jika rumah itu terbengkalai dan siapa patut dipertanggungjawabkan daripada kaca mata Islam.


Jika kita melihat dalam proses pembiayaan BBA bagi rumah dalam proses pembinaan di Malaysia. Secara umumnya, aturan akad atau kontraknya seperti berikut:
1. Karim membayar 10 peratus kepada pemaju dan menandatangani perjanjian beli rumah yang dalam pembinaan (sebagai contoh harga rumah RM100,000, ini bermakna pelanggan membayar RM10,000).

Ini tiada kena mengena dengan bank Islam kerana ia dilakukan sebelum bertemu bank Islam. Pemaju menguar-uarkan rumah akan siap dalam tempoh dua tahun.

2. Kemudian Karim akan memohon pembiayaan daripada mana-mana bank Islam.

Selepas dipersetujui oleh bank:

3. Bank akan membeli rumah itu daripada Karim. Justeru, satu perjanjian jual beli dimeterai. Harga jualan biasanya adalah harga pembiayaan diperlukan iaitu RM90,000.

Dengan termeterainya akad ini, bermakna Karim menjual hak milik rumah dalam pembinaan itu kepada bank Islam. Hasilnya, Karim sepatutnya bertanggungjawab memastikan rumah itu siap dalam tempoh dua tahun.

4. Selepas bank sah memiliki hak ke atas rumah dalam pembinaan itu, bank akan menjualnya semula kepada Karim dengan harga dicampur keuntungan, sebagai contoh RM150,000 kerana Karim ingin membayar secara ansuran selama 25 tahun.

5. Tiba-tiba, dalam tempoh dua tahun yang dijanjikan siap, rumah terbengkalai akibat pemaju bermasalah. Bank memberi tempoh lanjut enam bulan selepas dua tahun itu, Karim mesti membayar harga kepada bank. Mengapa bank menuntut?

Jawabnya kerana nombor empat di atas, iaitu bank sudah menjual hak milik itu kepada Karim, oleh itu Karim mesti bayar.

Apa sebenarnya isu syariah yang akan timbul dalam hal ini. Ada dua pesalah dalam hal ini. Ia seperti berikut:

a. Pesalah pertama: Pemaju

Ini kerana pemaju gagal menunaikan janji kepada Karim, rumah sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun tetapi gagal disiapkan. Ini menyebabkan hak milik ke atas rumah yang dalam pembinaan itu tidak mempunyai nilai lagi.

Apakah nilai bagi hak ke atas rumah terbengkalai? Jawabnya, sudah tentu sangat rendah. Padahal, tadi ia dijual pada harga RM100,000 kepada Karim di atas dasar ia akan siap dalam tempoh dua tahun. Pemaju yang gagal.

Daripada sudut syariah, pemaju adalah pesalah pertama dan sepatutnya memulangkan semula wang deposit 10 peratus yang dibayar Karim dan apa juga wang tunai yang dibayar oleh bank Islam kepadanya bagi pihak Karim. Malangnya, sudah tentu pemaju tidak akan mahu bertanggungjawab lagi.

b. Pesalah Kedua: Karim

Karim boleh dianggap sebagai pesalah kedua kerana dia juga menjual satu hak milik ke atas rumah dalam pembinaan, yang mana nilainya datang daripada nilai sebuah rumah siap.

Ia dijanjikan siap dalam tempoh dua tahun, tetapi Karim juga gagal.

Tidak perlu Karim sibuk memberitahu kepada bank bahawa pemaju yang silap, ia bukan urusan bank sebagai pembeli. Bank tiada kaitan dengan pemaju kerana bank Islam hanya membeli hak itu daripada Karim, nilai RM90,000 itu juga datang daripada nilai siap rumah. Justeru, ia juga menjadi tanggungjawab Karim.

Karim punyai dua pilihan di dalam Islam iaitu:


Membatalkan jualannya kepada bank Islam dan memulangkan semua RM90,000 kepada bank Islam (jika bank sudah membayar semua harga rumah). Kemudian, Karim boleh menuntut wang itu daripada pemaju. Tuntutan itu bukan urusan bank Islam.

Memohon maaf kepada bank Islam serta meminta tangguh untuk menyerahkan rumah yang siap sebagai yang sepatutnya. Ia tertakluk kepada persetujuan bank Islam.

Menanggung masalah sendiri dengan pemaju serta menunaikan tanggungjawab sebagai pembeli (lihat nombor 4, Karim sudah membeli semula hak itu daripada bank Islam) iaitu terus membuat bayaran ansuran selama 25 tahun, walaupun rumah gagal siap.

Kedudukan bank Islam?

Asalnya, tidak salah bagi bank Islam untuk menuntut bayaran walaupun rumah terbengkalai kerana ia bukan masalah bank Islam selaku penjual ketiga. Karim penjual kedua dan pemaju penjual pertama.

Oleh kerana bank Islam penjual ketiga, ia berhak menerima bayaran daripada Karim walau apa pun berlaku kepada rumah itu kerana bank sudah menjual hak itu kepada Karim.

Namun, bank Islam mesti berusaha menunaikan janjinya. Ini kerana bank Islam juga menjual hak milik rumah belum siap kepada Karim. Justeru, bagi membolehkan ia menerima bayaran berterusan, ia sepatutnya bertanggungjawab memastikan rumah itu siap.

Hasilnya, bank Islam juga boleh dianggap bersalah kerana sepatutnya bank Islam sepatutnya menjual hak milik rumah siap kepada pelanggan, bukan yang terbengkalai.

Tidak tepat bagi bank Islam daripada sudut syariah jika membuat alasan Karim silap kerana tidak menjual hak rumah yang betul.

Menurut hukum syariah, setiap pembelian dan penjualan adalah terpisah dan tidak terikat antara satu sama lain.

Oleh itu, tidak dibenarkan mengikat dua akad jual beli ini kerana ia seolah-olah bank itu berkata: “Aku jual hak milik atas rumah yang akan siap dalam tempoh dua tahun ini kepada kamu dengan syarat hak milik yang Karim jual pada saya sudah disiapkan.”

Jadi, ia akan membawa kepada gabungan akad beli dengan akad jual yang boleh membawa masalah syariah.

Kesimpulannya, ketiga-tiga pihak mempunyai tanggungjawab dan kesalahan masing-masing. Bagi mendapat situasi terbaik, bank dan Karim sama-sama menyerbu pemaju.

Bank Islam tidak sewajarnya membiarkan Karim keseorangan dan menuntut bayaran kerana masing-masing bertanggungjawab berikutan menjual hak yang gagal ditepati siap mengikut tempohnya.

Dalam kes saudara, saya kira bank Islam itu sudah dikira baik kerana masih memberi tempoh dua tahun. Saudara perlu segera bersemuka dengan pemaju.