Rasulullah S.A.W.
telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat,
maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang
siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi
cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul
Mahaarim)
Rasulullah S.A.W
telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah
S.W.T, antaranya :
1.
Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan riba'.
10.
Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya
solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata
: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan
semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
sumber dari : http://harmoni-my.org/arkib/1001kisah/
No comments:
Post a Comment