Dari
Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah
engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan
dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan
cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah
engkau mencari syurga.
4. Putuskan
harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa
di tangan mereka.
5. Rajinlah
mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta
qiamullail.
Ibrahim
bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut
kepada Allah S.W.T.
Lalu
mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang
yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang
yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3. Orang
yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan
ibadahnya.
4. Orang
yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang
yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang
yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat
kelurusan agamanya.
7. Orang
yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah
daripadanya."
sumber dari http://harmoni-my.org/arkib/1001kisah/
No comments:
Post a Comment